Mini Bazaar

Pada 17 dan 18 Disember yang lalu, mini bazaar telah diadakan di Admin (BA). Hampir kesemua persatuan dan kelab yang masih aktif di Uniten mengambil bahagian. Tujuan mini bazaar ini diadakan adalah untuk menarik pelajar-pelajar baru khususnya, untuk menjadi ahli dan bergiat aktif dalam kelab dan persatuan yang terdapat didalam Uniten. Kelab Rowing Uniten(KRU) juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam Mini Bazaar ini.

Pada hari pertama, disebabkan kekurangan pelajar yang berada di Admin menyebabkan suasana di booth KRU sunyi dan sepi. Terdapat hanya beberapa pelajar sahaja yang mengunjungi booth KRU. Namun, bilangan pelajar yang mendaftar pada hari pertama tidak mengecewakan. KRU juga menyediakan 2 ergometer untuk dicuba sendiri oleh pelajar-pelajar bagaimana rasanya untuk beraksi menggunakan ergometer. Kebanyakkan pelajar-pelajar hanya mencuba sejauh 200 meter kerana kebanyakkan mereka memakai baju formal dan takut berpeluh.

Pada hari kedua, suasana mula menampakkan keceriaanya apabila ramai pelajar mula mengunjungi booth KRU. Kebanyakkan mereka menunjukkan minat untuk menyertai KRU. Bilangan pelajar yang mendaftar pada hari kedua juga amat memberangsangkan. Krew KRU telah membuat Ergo Challenge yang mencabar kehebatan fizikal, stamina dan mental para pelajar. Krew KRU juga tidak ketinggalan untuk berergo mencabar satu sama lain dalam menghangatkan lagi suasana di booth KRU. Pada mulanya Biro Kecergasan KRU, Hassan memperoleh masa tertinggi dengan mencatat masa 1.40:7 untuk jarak 500 meter. Kemudian dipintas oleh Biro Editorial KRU, Muazan dengan catatan masa 1.40:4. Akhirnya Hafiz dan saifullah berjaya memintas untuk mencatat masa terpantas 1.37:8. Ada beberapa pelajar baru juga berjaya menunjukkan bakat masing-masing. Walaupun masih baru dalam mencuba ergometer namun terdapat beberapa pelajar berjaya mencatat masa yang amat baik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka.

Tetapi, ingin dinyatakan disini bahawa Kelab Rowing Uniten hanya memerlukan mereka yang betul-betul berminat dalam sukan ini. Sukan ini hanya untuk mereka yang cekal sahaja. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah mendaftar dengan kelab ini. Diharapkan anda semua akan berjaya dalam mencapai kepuasan diri dan mengharumkan nama Uniten.
'The only easy day was yesterday'.

sekian

Majulah rowing untuk Uniten

1 comments:

gingkoi said...

tarik ergo pakai baju formal..hahaha~~ layan beb!!

Copyright © 2008 UNITEN Rowing Club is proudly powered by Blogger. Template improvements by Jeyavishagan (Mech. Eng., Class of 2011)
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template