Annual General Meeting 2007/08

Pada 18 Disember 2007 yang lepas, malam hari kedua berlangsungnya Mini Bazaar, Annual General Meeting telah diadakan bagi tahun 2007/08. Kesemua AJK Kelab Rowing Uniten berjaya menghadirkan diri dengan disertai oleh tetamu VIP iaitu Penasihat Kelab, En. Kamal, Jurulatih Kelab, En. Ibrahim dan Pengurus Kelab, En. Sivadass.

Annual General Meeting tersebut bertujuan untuk merombak Ahli Jawatan Kuasa yang lama dan melantik secara rasmi Ahli Jawatan Kuasa yang baru bagi sesi 07/08. Selain itu, belanjawan kelab bagi sesi 06/07 juga diperjelaskan oleh saudara Saifullah.

Pada malam itu, selepas bacaan doa yang diketuai oleh saudara Qayyim selesai, Presiden Kelab yang lama, saudara Amal memberikan sepatah dua kata dan diikuti oleh ucapan daripada Penasihat Kelab, En. Kamal. Sesudah itu, tayangan video yang merangkumi aktiviti Kelab Rowing Uniten sepanjang sesi 06/07 seperti MASUM, 12th Merlion di Singapura, Uniten Rowing Invitational (URI) dan ASEAN Varsity Boat Race 2007 dipertontonkan kepada umum dan VIP.

Sesi pembubaran AJK lama dilaksanakan selepas selesai pembentangan Belanjawan oleh Majlis Tertinggi. Presiden Kelab yang lama, saudara Amal mewakili AJK lama yang lain mengumumkan perletakkan jawatan dan seterusnya membubarkan AJK yang lama. Selepas itu upacara penyerahan bendera KRU diantara Presiden lama dan yang baru iaitu saudara Dominic berlangsung.

Berikut ialah Ahli Jawatan Kuasa Kelab Rowing Uniten sesi 07/08

Presiden = Dominic Hua Shi Hao

Timb. Presiden I = Mohd Qayyim B Hafidzi

Timb .Presiden II = Erina Md Hanafiah

Setiausaha Agung = Tengku Nur Hafizah Binti Tenku Mohamed

Setiausaha II = Mariam binti Mohamad

Bendahari Kehormat = Yuzima bt Mohd Yunus

Biro Kebajikan = Nur dalila Diana binti nasir

Biro Promosi = Mohd Azzizi Azzizan Bin Wahab

Biro Teknikal
& Logistik = Mohamad Faris bin mohamad johari

Biro Editorial = Mohd Muazan Bin Mohd Mohsin

Biro Kecergasan
& Latihan I = Mohd Adzale bin Ainudin

Biro Kecergasan
& Latihan II = Mohd Hassan Bin Adnan

0 comments:

Copyright © 2008 UNITEN Rowing Club is proudly powered by Blogger. Template improvements by Jeyavishagan (Mech. Eng., Class of 2011)
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template