Pingat Emas Pertama Pasukan Rowing Uniten

Pada kejohanan ASEAN Varsity Boat Race 2007 baru-baru ini, satu kejutan telah dilakukan oleh pasukan Rowing Uniten. Pingat emas pertama yang diperolehi melalui acara Men's Double Sculls telah menyilaukan mata ramai pihak. Akhirnya penantian Uniten sejak pasukan ini ditubuhkan 3 tahun yang lalu untuk memungut pingat emas tercapai. Bagi pendayung yang mewakili Uniten didalam acara ini, Adzale Ainudin dan Hassan, kejayaan ini merupakan kejayaan paling manis selama mereka bergelar rowers. Hasil titik peluh mereka berusaha dan berlatih akhirnya membuahkan hasil.

"Saya rasa bersyukur diatas kejayaan ini selepas berlatih dengan gigih selama ini," ujar Hassan. Beliau juga menyarankan kepada semua rowers Uniten untuk berusaha dengan lebih gigih selepas ini untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang.

"Saya rasa amat gembira diatas kejayaan yang diraih selepas penantian selama ini," kata Adzale Ainudin. Beliau juga berkata untuk mendapatkan hasil yang lumayan, usaha gigih perlu demi memastikan apa yang dikejar diperoleh seperti selalu menarik ergometer sekurang-kurangnya 6km, 4 kali seminggu untuk memastikan tahap 'endurance' meningkat (Dahsyat betul..haha). Kedua-duanya adalah Biro Kecergasan Kelab Rowing Uniten (KRU).

Kejayaan ini diikuti oleh pasukan Men's Four Coxed yang dianggotai oleh Idham, Hafiz, En.Ibrahim, Saifullah dan Amal. Semua anggota Men's Four Coxed ini adalah antara rowers Uniten yang berpengalaman. Mereka juga kerap berlatih dengan gigih dan walaupun mereka tidak berlatih, mereka tetap hebat. Pengalaman luas mereka dalam sukan ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tanpa mereka, kemungkinan besar Uniten akan kekeringan perintis, akan tetapi diatas kesabaran mereka dalam berkongsi ilmu dan pengalaman, maka muncul perintis yang tidak kurang hebatnya sebagaimana yang ada sekarang. Walau apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada mereka diatas kejayaan ini.

Majulah Rowing untuk Uniten!!


6 comments:

antenna said...

go go go~! ale ale ale~~ =D

nazjedi86 said...

tahniah kepada pasukan rowing uniten...diharapkan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan!ganbatei neh!

alerina said...

salams..woho..lady rowers...bile lagi?asyik pakai bronze je..bile nak pakai gold???gold baru ada value..hehe....go go go girls!!

sepul said...

"Mereka juga kerap berlatih dengan gigih dan walaupun mereka tidak berlatih"..ehh..ayat x abis ker?huhu..kasi gempk skit la..anyway..congrats to all rowers..next event kita pulun abis2..stat training skrg..nanti ed marah..

QayYim said...

woho..jeleslah gini

nannoor said...

rowers,kalu nk gold lagi kena pulun training. btw, i wont be around for the next event. tunggu baby besar sikit baru bleh bwk gi tournament.
jgn lupa dtg visit akak kt hospital tau nanti.
~farah

Copyright © 2008 UNITEN Rowing Club is proudly powered by Blogger. Template improvements by Jeyavishagan (Mech. Eng., Class of 2011)
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template