Larian C-DEX 2008 UPM


24 Febuari 2008, Ahad - Beberapa ahli Kelab Rowing Uniten telah menyertai Larian C-DEX 2008 di Universiti Putra Malaysia(UPM). Kejohanan ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Kejuruteraan (PEMAJU) Fakulti Kejuruteraan, UPM. Terdapat dua kategori didalam kejohanan ini iaitu kategori lelaki dan wanita. Bagi kategori lelaki, para peserta dikehendaki berlari sejauh 7KM manakala bagi peserta wanita adalah sejauh 5KM.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk wang tunai, sijil dan medal bagi peserta yang mendapat tempat "Top 5". Manakala bagi "Top 50", hadiah medal dan sijil ditawarkan kepada para peserta yang berjaya.

Ahli Kelab Rowing Uniten yang menyertai kejohanan ini adalah Saifullah, Hafiz, Hassan, Adzale dan Muazan. Empat daripada mereka berjaya mendapat tempat dalam kelompok "Top 50" iaitu Hafiz, Saifullah, Muazan dan Hassan. Namun, nasib tidak menyebelahi Adzale yang tidak berjaya menempatkan diri didalam kelompok "Top 50". Masa yang berjaya dicatatkan oleh peserta KRU yang berjaya mendapat "Top 50" adalah sekitar 30 minit dan 36 minit. Satu pencapaian yang baik.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli Kelab Rowing Uniten yang berjaya menyertai Larian ini dan menamatkannya. Semoga berjaya dimasa akan datang. Diharapkan selepas ini, ada lagi kejohanan-kejohanan seperti ini dianjurkan.




0 comments:

Copyright © 2008 UNITEN Rowing Club is proudly powered by Blogger. Template improvements by Jeyavishagan (Mech. Eng., Class of 2011)
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template