ASEAN VARSITY BOAT RACE 2007


Pada 20 November 2007 yang lalu, ASEAN Varsity Boat Race 2007 telah diadakan di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya. Pada kali ini, kejohanan yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama sekretariat MASUM manakala Universiti Teknologi Malaysia pula merupakan tuan rumah bagi acara berprestij tersebut.

Kejohanan ini meliputi acara mendayung dan berkayak. Terdapat dua kategori iaitu kategori universiti tempatan dan kategori universiti ASEAN. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan bagi kedua-dua kategori tersebut. Bagi kategori universiti tempatan acara yang dipertandingkan adalah seperti Man’s Single Sculls, Men’s Double Sculls, Men’s Four Coxed, Women’s Double Sculls, Woman’s Single Sculls dan Women’s Four Coxed. Tetapi bagi kategori universiti ASEAN terdapat hanya empat acara sahaja yang dipertandingkan iaitu Men’s Four, Men’s Eight Coxed, Women’s Four and Women’s Eight Coxed. Setiap daripada acara tersebut memerlukan para pendayung untuk mendayung dan bersaing sejauh 2km.

Bagi acara mendayung, sambutan yang diberikan oleh universiti-universiti tempatan dilihat amat menggalakkan berbanding pada kejohanan yang lalu jika hendak dibanding berdasarkan bilangan penyertaan. Disini boleh disimpulkan bahawa kejohanan mendayung ini mula mendapat sambutan dikalangan universiti-universiti tempatan umumnya dan para pelajar universiti tempatan khususnya. Antara nama-nama besar yang sedang menguasai arena mendayung ini ialah Universiti Malaya(UM), Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) dan juga Universiti Tenaga Nasional(Uniten). Pada kejohanan kali ini, Uniten juga tidak ketinggalan untuk menghantar pasukannya untuk bersaing dengan seteru-seteru utamanya seperti UM dan UTM.

Uniten telah menghantar para pendayungnya untuk bersaing dalam beberapa kategori seperti Man’s Single Sculls(M1X), Men’s Four Coxed(M4+), Men’s Four(M4-), Men’s Double Sculls(M2X), Women Double Sculls(W2X), Women’s Four Coxed(W4+) dan Men’s Eight Coxed(M8+). Kejohanan yang berlangsung selama lima hari ini telah menguji ketahanan setiap pendayung Uniten yang menyertainya dan telah memberikan pengalaman yang berharga untuk mereka agar dapat bersaing dimasa akan datang dan diperingkat lebih tinggi.

Selepas berusaha bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik, usaha Uniten untuk menbawa balik pingat emas buat kali pertama sejak sukan mendayung ini diperkenalkan di universiti ini akhirnya membuahkan hasil. Acara Men’s Double Sculls(M2X) telah menggondol pingat emas dan mengharumkan nama Uniten sekaligus mencerahkan harapan untuk Uniten terus bersaing dikalangan pasukan-pasukan elit yang lain. Tidak ketinggalan, Men’s Four Coxed juga telah mengikuti jejak M2X dengan menambah koleksi emas Uniten. Women’s Double Sculls pula berjaya memungut pingat perak dan pingat gangsa pula diraih oleh Man’s Single Sculls dan diikuti oleh Men’s Eight Coxed yang bersaing bagi kategori universiti ASEAN.

Kejohanan ASEAN Boat Race pada kali ini telah memberikan impak yang besar dan telah memberikan keyakinan dan semangat kepada pasukan mendayung Uniten untuk berusaha dengan lebih gigih sebagai persediaan untuk menempuh kejohanan-kejohanan yang seterusnya biarpun diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Pada 1 Disember 2007 yang lalu, pasukan mendayung Uniten, Men’s Eight Coxed telah menghiasi muka depan keratan akhbar Yo! Iaitu antara sisipan yang terdapat didalam akhbar Utusan Malaysia.

Senarai atlit-atlit yang mewakili Uniten:

1. Amal Othman (M1X) - Bronze. (M4+) - Gold
2. Adzale Ainudin (M2X) - Gold
3. Hassan Adnan (M2X) - Gold
4. Idham Mohammad (M4+) - Gold
5. Hafiz Jamal (M4+) - Gold
6. Saifullah Ramly (M4+) - Gold
7. Ibrahim Mahmod (M4+) - Gold
8. Dominic Hua (M8+) - Bronze, (M4-)
9. Gopalakrishnan (M8+) - Bronze, (M4-)
10. Gopinathan (M8+) - Bronze, (M4-)
11. Saraveenthiran (M8+) - Bronze, (M4-)
12. Akmal Mat Isa (M8+) - Bronze
13. Asraf Ariffin (M8+) - Bronze
14. Muazan Mohsin (M8+) - Bronze
15. Faris Johari (M8+) - Bronze
16. Syukri Shukor (M8+) - Bronze
17. Erina Hanafiah (W4+)
18. Fara Fauzi (W4+)
19. Hazwani Halim (W4+), (W2X) - Silver
20. Hafizah Mohamed (W4+), (W2X) - Silver
21. Yuzimah Yunus (W4+)

Kepada para atlit yang berjaya merangkul pingat, tahniah diucapkan dan teruskan usaha anda untuk menjadi lebih hebat dimasa akan datang. Bagi yang tidak bernasib baik, tahniah diatas usaha anda dan jangan patah semangat. OKEY!!! GOOD LUCK TO ALL OF US!! Sekalung tahniah, syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sentiasa memantau dan memberi kata-kata semangat kepada semua atlit pada hari kejohanan.


Majulah Rowing untuk Uniten....


MAJU!!! - saraveen

7 comments:

nimones said...

waaa!! x aci..muka muadzan jer nmpk clear gler..muadzhan mana muka bdk pompuannyer? huhuhu sedih kami..

Muazan Mohsin said...

alo...kesilapan disitu..name ku bukan Muadzan..huehu..apetah lagi muadzhan...nama ku ialah Muazan..terima kasih..

Jangan risau dan bersedih hati..nanti aku attach la skali..k

nannoor said...

kene letak gambar Mrs. Coach jugak tau.. sarat2 pun semangat rowing x tinggal. :)

~kak Farah

Muazan Mohsin said...

haha...kak farah jangan risau..jasa mu akan dikenang...pemberi semangat kepada kami sume..hehe..go kak farah go!! =)

p/s:baby dah kuar nanti bgtau..hehe

gingkoi said...

adoii..tensi kuar pipi kiri jer...klu dier amik 3D angle kan bagus~~ =( hohoho~

sepul said...

xyah la gingkoi..kuar pipi pun ckup baik..kalo kuar telinga camner?

gingkoi said...

yelaa2..aku pasrah~ kiong kiong kiong~

Copyright © 2008 UNITEN Rowing Club is proudly powered by Blogger. Template improvements by Jeyavishagan (Mech. Eng., Class of 2011)
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template